Geng!

Tuesday, December 21

Mimpi Paling Tak Masuk Akal

Dua malam lepas. Aku mimpi bercinta sakan dengan seorang mamat ni. Dalam mimpi tu, dia sangat-sangat-sangat caring. Yang best, dalam mimpi tu, kami boleh bercakap satu loghat yang sama. Dalam mimpi tu, dia jaga aku dengan baik. Gentleman, sopan, protective.

Mimpi yang buat aku tidur aku terlajak. Mimpi yang buat punch-card hari Isnin aku berwarna merah.

NAK TAU SAPA? BETUL NI NAK TAU?

KLIK SINI untuk mengetahui siapa dia.

Mimpi paling tak masuk akal. HAHAHAHAHA. Nampak sangat mimpi tu mainan tidur.


P/s : Ghaban betel kalo keh bercinta dengan aok weh.

Monday, December 20

Awak Cari Suami Saya Ke?

Salam. Aku mau bertanya. Korang pernah salah nombor? Nak dial orang lain, dapat orang lain? Aku jarang-jarang. Selalunya, salah send mesej je. Main tekan mana yang sempat. Busy lah katakan. Tapi biasanya aku akan tersalah hantar pada orang yang aku kenal jugak. So, takde lah haru sangat.

Al-kisah.

Minggu lepas, aku plan ke Melaka dengan family. Aku dari Johor, dan famili dari Kuantan. Memandangkan aku ni naik bas dari Johor, aku rancang nak mintak tolong seorang kawan lelaki yang tinggal di Melaka, untuk ambil aku di stesen bas, dan hantar ke hotel. Puas jugak aku mencari nombor telefon member aku ni, tak jumpa pulak dalam phonebook. Dalam ingat-ingat lupa, aku pon main tibai je dial nombor yang ala-ala nak dekat dengan nombor dia.

Harap-harap betul.

Ringing tone "Kebahagiaan dalam perpisahan" : layan.

"Hello", suara seorang bersuara gadis-gadis angkat telefon. Aku pun assume yang aku salah nombor sebab yang nak aku cari seorang kawan lelaki, so aku pun dengan segera menjawab "Alamak, maaf ye saya salah nombor". Aku letak ganggang dan aku mengambil jalan selamat dengan memintak nombor telefon kawan lelaki tadi, pada seorang lagi kawan.

Dalam pada aku nak send mesej pada member aku, satu mesej masuk.

0126416**6 : nombor yang aku salah dial tadi
Boleh percaya ke? Tiba-tiba je salah nombor. Awak cari siapa? Ke awak sebenarnya nak cari suami saya?

Hahaha!! Biar betul minah ni.
Aku tekan butang reply:
Takde. Saya cari kawan saya nama Sharil. Suami awak nama Sharil ke? *tekan butang send*

0126416**6 balas :
Suami saya tu memang selalu tukar-tukar nama bila nak kenal dengan pompuan. Biasalah...

Eh. Eh. Ini boleh membawa kepada pergaduhan ni. Ligat je kepala hotak aku mencari jawapan yang sesuai, yang tepat, dan berhemah, lalu aku pun balas :
Suami awak mungkin lah. Suami saya tak.

Haaa..berhemah kan jawapan aku? Berhemah sangat sampai minah tu tak berani nak balas balik. Takut sangat laki dia kena kebas. Syak yang bukan-bukan je. Adoi! Aku ambik betul-betul kang, nak?

Tak pasal-pasal aku emo.

Sunday, November 21

Percubaan Pertama Buat Kek Coklat

Cuti dua minggu di Kuantan betul-betul buatkan aku tak senang duduk. Ada je kerja yang tak sepatutnya aku buat - aku buat. Sebagai contoh : BUAT KEK. Bila aku suarakan hasrat hati pada mama, mama jawab senang "Pandai ke awak?". Aku lantas jawab dengan berlagak, "Mama, u're underestimating me, okeeehhh".

Percubaan pertama buat kek, aku buat kek versi kek pisang. Nengok pisang atas meja yang terbiar tak dimakan, aku haruk jugak buat kek. Belek-belek resepi. Ok, senang je. Bahan-bahan pun aku bantai amik kat rumah. Complete set untuk kek pisang.

Kek pisang menjadi! Habis! Licin! Adik kembar aku siap puji-puji lagi. Ehem!

Sebagai wirawati yang jarang menyerah kalah, mesti nak tunjuk hebat, maka aku pun usulkan hajat hati nak buat MOIST CHOCOLATE CAKE. Wah! Tanak kek cikai-cikai ni. Aku pon mintak resepi pada kawan yang biasa-buat-kek-sedap-dan-menjadi.

Bahan-bahan takde - pergi beli! Semangat!

Proses membuat kek beemua. Mama hanya memerhati daripada ruang tamu, dengan pesanan "Lepas buat, jangan malas kemas dapur". Dengan dibantu oleh sepupu aku dari KL, aku start sediakan bahan-bahan kek dan bancuh. Start daripada pukul telur, ayak tepung, sehinggalah masukkan bahan bancuhan kek kedalam loyang. Semuanya berjalan lancar. Loyang kek dah dalam kukusan. Sehinggalah sepupu aku bersuara:

"Er, resepi kek ni memang tak bubuh gula eh?"

Dem!!

Macammana boleh lupa letak gula ni? Sugar-free cake? NO WAY!!!

Sunday, October 24

Berat Badan, Badan Berat.

Minggu lepas, percubaan untuk diet adalah gagal sama sekali. Terlalu banyak undangan makan-makan yang perlu aku hadiri.

Minggu ni, aku tak putus asa. Aku cuba tidak makan sebanyak minggu lepas.

Kali ni, aku naik penimbang dengan begitu yakin. Penimbang baru, digital pulak tu. Mana mungkin tak tepat.

Kaki kanan dulu. Amik berkat.

Kaki kiri pulak.

Tarik nafas.
Lepas nafas.

Tengok digit di mesin.
*hampa*

Penimbang digital pon, tak pandai nak ambik hati aku. Aku kecewa. Mungkin esok aku dah kena check salasilah keluarga. Mana tau kot-kot ada yang bela hantu raya.

Teringat Zaman Dulu : Puisi Cinta dan Rangga (Ada Apa Dengan Cinta)

Teringat zaman masa sekolah. Cerita AADC ni satu fenomena masa tu. Fenomena pada aku, sampaikan aku hafal setiap satu lagu dalam ni. Dialognya jugak. Masa tu la, kalau suruh aku berdialog sekarang, aku dah tak ingat semua. Sikit-sikit, boleh.



Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata

Angin, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah perpautan

Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka setiap apa yang terucap
Adalah sabda pendita ratu

Ah..diluar itu pasir
Diluar itu debu
Hanya nagin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada

Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yang tahu

Jiwa ini tandu
Bukan duduk saja
Maka akan kita bawa semua
Kerana kita adalah satu.

p/s : Puisi untuk kawan-kawan yang jauh dimata, tidak dihati.

*******************************************************

Serius, masa ni sapa yang tak tahu sajak Rangga, dia loser.

Sepi. Sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin hingar, aku ingin dipasar
Bosan aku dengan penat
Dan nyah saja kau pekat

Dan tak dilupa puisi yang ni : PEREMPUAN




P/s: Johor Bahru asyik hujan. Membawa kepada mood jiwang dua-tiga hari ni. Harap maklum
.

Friday, October 22

(Jiwang) : Boleh Kita Berkawan?

Kau ingat tak dulu?
Kita cuma teman
Bila dah namanya kawan
Sepak terajang jadi mainan
Gelak kuat-kuat pun, tiada segan-segan
Semuanya ikhlas bukan jadian

Rahsia aku, kau tahu
Rahsia kau pun begitu
Indah jugak kan waktu tu?
Dan bila kau kata "Aku sayang kamu"
Entah kenapa aku percaya dan aku kata "Aku pun macamtu"

Dan sejak itu, kita berdua bersama
Sentiasa, sampai terbiasa
Bila kau senang aku merasa
Bila aku susah kau pun turut sama
Semua tau gembiranya kita

Tapi kan sayang
Kita berdua sudah terlalu lama
Untuk satu tempoh masa yang bahagia
Aku syukur kau selalu ada
Dalam hati aku, kau selalu bersama
Aku tak harap semua
Cuma
Boleh kau jadi kawan aku semula?
Sebab aku rindu waktu gurau-senda
Sebab aku rindu waktu-waktu selamba
Sebab sekarang bila berdua, aku lupa untuk jadi aku yang biasa-biasa.


Nukilan;
Hazerin
22 Oktober 2010
1:43 a.m
Larkin, Johor

Thursday, October 21

Maksud Curang.

















Daripada FS FynnJamal.

Maksud curang, dari perspektif dia:
ada dua.
fizikal dan mental.

fizikal itu jelas.
seksual. sensual. rosak tubuh.
boleh semata2 fizikal, tapi lama2 mental akan terjejas juga.

mental itu kabur.
stimulasi akal. aspek subjektif.
lebih banyak kemungkinan utk melibatkan cinta dan kemahuan yang paling tebal.
boleh semata2 mental. tapi lama2 fizikal akan terbagi juga.

Tepat. Jitu.
Ah!~ FynnJamal memang hebat.

***

Sorang kawan, bila ditanya "Kenapa kau curang?", dia jawab "Aku bukan curang. Dia cuma kekasih gelap aku".

Sama je. Curang dan kekasih gelap, motifnya sama.
Untuk menduakan.

p/s: Aku emo.

Tuesday, October 19

Bercinta Tak Pernah Mudah.

Kan?


Bercinta takkan pernah mudah.


...

Tuesday, October 12

Step by Step : Permohonan Penukaran Status Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa.


Untuk memohon penukaran status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, syarat-syaratnya adalah :
  1. Ada Ijazah Sarjana Muda - maksudnya dah habis belajar. Yang sedang belajar, tak payah dok gatai nak apply - tak layak. Pergi habiskan belajar dulu. Yang duk bercinta masa belajar sampai belajar ntah kemana kantoi, pon tak layak. Gatai.

  2. Yang dah dapat transkrip penuh dengan result Kelas Pertama SAHAJA.

  3. Sepanjang tempoh belajar, korang HANYA dapat PTPTN. Maksudnya bagi yang berjanji SETIA SEHIDUP SEMATI dengan PTPTN sahaja yang layak. Bagi student yang mula-mula dapat PTPTN lepas tu tengah-tengah belajar dapat JPA ke, biasiswa lain ke - anda tidak layak untuk memohon. PTPTN kata korang tak setia dengan dorang. Bukan aku kata eh, PTPTN yang kata.

  4. Tu je la yang aku tau. Nak lebih-lebih call sendiri. Dail nombor ni : 03-20804455. Aku nasihatkan pada siapa-siapa yang ada telefon opis, guna telefon opis. U know PTPTN lah kan. Apa-apa mesti nak caj mahal. Tengok caj pentabiran sudah. Cekik darah 3%.
Dah cukup semua syarat-syarat diatas, korang boleh proceed dengan step-step yang berikut.

STEP 1 : Isi borang Akuan Pelajar. Borang dia rupa dia macam ni.

Korang boleh download aje borang tu [klik sini]. Dah download, baca. Dah baca, isi. Dah isi jangan lupa sign. Jangan jadi jongos sangat sampai lupa nak sign borang. Agak-agak sikit.

STEP 2 :
Orang berbudi kita berbahasa. Sediakan satu surat rasmi menyatakan kesungguhan anda untuk memohon pertukaran status pinjaman kepada biasiswa. Ayat bagi la bersemangat sikit. Jangan nak ala-kadar je. Dah pakai duit orang, jangan malas nak berbahasa. Jangan pulak lupa ucap terima kasih kat PTPTN sebab dah bagi duit untuk belajar - walaupun duit tu bukanlah semua guna buat belajar pon. Buku pon fotostat. Ceh macam la aku tak tau. Aku biasa buat.

Kat bawah ni contoh surat aku. Aku ngaku awal-awal. Ayat memang poyo. Pedulik hape aku. Janji dapat convert biasiswa. Siapa nak tiru, sila. Aku halalkan. Siapa gelakkan ayat aku, lepas tu copy, aku tak halalkan. Serius.

Surat karangan rasmi, ye.
Aku yakin, Nursuhaila mesti tiru ayat aku. Rashila pon. :D

STEP 3 : Sediakan satu salinan sijil konvokesyen dan set sijil transkrip penuh peperiksaan korang. Salinan itu PERLU disahkan oleh Bahagian Akademik Universiti SAHAJA. Jangan nak mintak bapak sendiri yang sahkan. Mentang-mentanglah bapak orang besar. Cis.

Contoh :

Senget pon senget lah.

STEP 4 : Masukkan dokumen-dokumen yang telah LENGKAP tadi dalam sampul surat. Check betul-betul. Jangan ada yang tertinggal. Dah masukkan dalam sampul surat, pos pada PTPTN.

Rasa-rasa nak selamat, gunalah Pos Ekspress. Jangan kedekut. Apalah sangat harga sampul takat RM4.50 kalau nak bandingkan dengan pinjaman ribu-ribu.

Nak hantar ke mana? Alamatnya kat sini [klik]. Usulkan pada Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik.

STEP 5 : Berdoa semoga permohonan diluluskan. Kita dah usaha, sekarang tawakal. Serahkan semuanya pada Dia. Semuanya rezeki Allah.


Pesanan khas buat PTPTN : Terima kasih, tak sia-sia saya belajar sampai lebam!

Dan;

Pesanan khas buat Pak Jib 1Malaysia : Terima kasih juga kerana membentangkan hal PTPTN ni dalam Bajet 2010 yang lepas. Terima kasih. Dulu, kini dan selamanya.


Monday, October 11

Berita Baik! JomTukar Status Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa.


Pada suatu pagi dalam ofis, aku buat-buat rajin baca paper.

[klik]

Eh! Eh! Dah boleh ke? Lepas tu terus teruja. Mana taknye. Dulu-dulu, aku ada jugak cuba nasib call PTPTN, kot-kot la boleh convert pinjaman kepada biasiswa, jawapan yang aku SELALU dapat adalah : maaf, hanya untuk pelajar Kelas Pertama, yang membuat pinjaman SEBELUM 2006 sahaja yang layak. Maka, secara automatisnya, sebagai pelajar yang buat pinjaman pada mid tahun 2006, aku MEMANG tak layak. Gile punya stress. Tak layak takpe - aku tangguh bayar. Aku tekad, sambung master, jangan harap aku nak amik PTPTN lagi. Aku amik Yayasan Pahang.

Kata anak Pahang, kan.

Jadi, bila baca paper tarikh 021010 ni, aku terus rasa excited, angkat phone ofis (secara curicuri) dan dail 03-20804455. Kali ni, dengan harapan setinggi gunung - bak kata Black Dog Bone. Setelah mamat telefonis tu tanya beberapa soalan seperti nombor IC, nama penuh dan tempat pengajian, dia bagi jawapan : Ok, cik Hazerin, cik layak untuk memohon bagi pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

Walaupun belum confirm dapat, status "layak memohon" tu buat aku rasa nak melompat, biarlah bergegar satu ofis pon, aku tak heran!

RM21,000 tuuuuuuuuuu. Sampai ke-tua kalau nak membayor.

Syukur, Ya Allah.
Syukur Alhamdulillah.

P/s : Entri akan datang, aku bagitau macamana nak apply yek. Sabar.

Friday, September 24

UPSR Sudah Tamat. Cuak Aku Dibuatnya.


Budak kembar, adik-adik aku UPSR tahun ni. Sejak sekian lama aku dan abang aku habis sekolah, UPSR budak berdua ni buat mama kecut perut. Kata mama, perasaan kali ni lain macam. Lagipun, kalau adik-adik dapat result UPSR yang bagus, dorang boleh dapat sekolah menengah yang bagus - maka, jika sekolah bagus : cikgu bagus : result PMR, SPM akan datang pon bagus. Dan harap-harapnya ke Universiti yang bagus nanti. InsyaAllah.

Aku cakap, "Kalau hati nak belajar, kat mana-mana pon boleh, ma"

Mama meng'iya'kan.

Aku tak harapkan apa-apa. Sebelum exam, aku cuma cakap kat dorang buat yang terbaik. Rilek-rilek je. Buat macam exam biasa kat sekolah. Jangan gelabah-gelabah. Kalau dah rezeki tak kemana. Tapi dalam pada tu, untuk motivasikan dorang, aku TERcakap ayat ni "Kalau dua-dua dapat 5A, Er bagi hadiah BESAARRRR PUNYAAA". Bila dorang tanya hadiah apa, aku diamkan dulu. Belom fikir.

Dua tiga hari lepas, setiap kali si kembar ni habis paper di setiap hari exam UPSRnya, aku akan telefon bertanyakan, "Macamana exam?"

"Kacang je'. Lagi senang daripada trial".

Sedikit over-confident disitu nampaknya.


p/s : Trial dorang dua-dua dapat 5A. InsyaAllah, kalau Allah bagi rezeki lebih pada dorang, aku lah yang kena keluar duit nampaknya.

Wednesday, September 22

(Gambar) Bunga Citra Lestari Mengandung, Ala Comelnya.

Sebelum.





Terkini.
[Sumber Gambar]

Aku sukaaaaaaaaa sangat tengok pregnant lady.
Gemok??
Ah. Tak pedulik!
Itu pengorbanan namanya.
Dorang tetap cantik.
Cantik yang tersendiri.
Manis.
Comel.

Persoalannya : Kalau BCL daripada kecik boleh jadi 'comel' macam ni masa pregnant, aku yang dah sedia gumuk ni nanti macamana lah ye. Emmmm.. :)

Nanti. Aku cakap, nanti.
Jangan cakap aku tak sabar pulak!

Sunday, September 19

Kau Bukan Siapa-siapa Untuk Judge Orang Lain.

"Kau apa tau, dia tu dah la tak sembahyang, tak puasa pulak tu. Kalau dia buat pun, Tuhan tak terima la. Aku tau la".

"Kau apa tau, dia tu dah la tak pakai tudung, pakai seksi pulak tu. Aku tau la".

"Dia tu bukannya baik sangat. Kau apa tau, dia tu selalu sangat keluar malam, mesti pergi clubbing. Aku tau la. Nampak je baik tu".

"Kau apa tau, walaupun dia kaya, family dia tu dah la hancor, mak bapak dia bercerai berai, adik-beradik tunggang-langgang. Aku tau la. Duit banyak-banyak tu dia ingat boleh bawak masuk kubur agaknya.".

"Kau apa tau, dia tu dah la tak cantik, tukar boyfriend sebulan sekali. Aku tau la. Hari tu aku nampak dia keluar dengan boyfriend baru. Peluk-peluk lagi".

Bosan.
Kau siapa nak judge orang lain. Kau sempurna? Kau hebat? Aku tak peduli.

"Kau apa tau. Aku tau la. Aku tau semua".

Ok, fine. Aku bodoh, aku tak tau.
Sekarang kau bagitau aku, aku nak tau, "Kau tau bila kau mati?"

Thursday, September 16

Rajin Tak Kena Tempat

Hari ni.

Aku bangun awal pagi. Bersemangat lain macam. Aku gosok baju, aku mandi dan buat lain-lain perkara yang sepatutnya. Hari ni tak boleh lewat. Hari ni special.

Tepat pukul 8, capai kunci kereta, kunci rumah, beg tangan - aku keluar rumah. Muka senyum, penuh confident.

Macam biasa, hidupkan enjin, kasi panas. Bukak radio.

"Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Walaupun semua bercuti hari ni, saya disini tetap setia menemani anda"

Cuti?
Cuti?
Apa ni?















*termenung*

Ok. Baiklah. Hari ni cuti. Baru tahun ni hari ni cuti. Nasib baik aku tak sampai ofis lagi!!

Pandai jugak Kerajaan Malaysia bergurau dengan aku.


Fakta Hari Malaysia : Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia (sibuk je!) dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan pada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak
.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

[Sumber]

Tuesday, September 14

Versi Raya (1) : Duit Raya

Tahun ni, sebagai insan yang sudah bekerja aku punyalah bersemangat tukar duit raya sampai 4 rat. Aku syak, mesti budak-budak ni menempel-nempel kat aku mintak duit raya. Aku standby note singgit-singgit, lima ringgit-lima ringgit, sploh ringgit-sploh ringgit.

Singgit-singgit untuk budak-budak biasa.
Lima ringgit-lima ringgit untuk yang rapat.
Sploh ringgit-sploh ringgit untuk yang betul-betul rapat.

Dan, aku pun dah menjangka daripada awal yang aku takkan dapat duit raya tahun ni. Dah bekerjayalah katakan.

Bila menziarah rumah orang, aku duduk dan makan. Bila tiba waktu salam-salam, aku salam. Bila tiba time tuan rumah nak hulur duit raya, diorang mesti tanya :
"Ni dah kerja, kan"

Aku pun jawab:
"A'ah dah kerja, tapi belajar master tak habis lagi"

Pastu, diorang pun jawab balik:
"Oh, kira belajar lagi lah tu", sambil hulur sampul duit raya.

Aku dah cakap, sapa kata orang bekerja tak boleh dapat duit raya????

Thursday, September 9

Hari Ini Hari Raya

Sate sudah dilidi
Kuah kacang dalam periuk

Rendang sudah di kuali
Saudara mara hiruk pikuk

Bunyi mercun sana sini
Baju raya sudah digosok

Duit raya sudah diisi
Memang bengkok lah aku esok.

Dan kini,
Barulah rasa suasana aidilfitri,
Walaupun sekarang tak macam dulu lagi,
Kerana yang disayangi telah pergi,
Pastinya mereka sentiasa diingati,
Diiring doa dalam hati,
Buat Arwahnya wan dan aki,
Semoga kita bertemu nanti.

Buat semua yang disini,
Salam Lebaran Aidilfitri.
Mohon ampun maaf, ikhlas dari hati.


Daripada,
Nurul Hazerin, dan keluarga.
Kuantan, Pahang.

Friday, September 3

Tolong Jawab Soalan Abang Aku

Minggu lepas punya cerita.

Aku dan abang aku pergi buka buffet dengan papa. Masa bukak puasa, perbualan kami tertumpu kepada topik - papa ada kucing parsi sebanyak 10 ekor. Punyalah orang tua tu sayang pada kucing dia, sampai aku mintak sekor pon tak dibaginya.

Dalam perjalanan balik, aku dengan abang aku borak lagi pasal kucing.

Aku : Kucing papa tu comel gila, mula-mula dua ekor je. Punyalah aktif, dah 10 ekor dah jadinya. Mesti baby kucing tu pon comel.

Abang aku : Oh, mula-mula kucing papa tu sepasang je lah?

Aku : Ye lah, kalau tak, mana nak dapat anaknye.

Abang aku : Aku konfius ni.

Aku : Kenapa?

Abang aku : Kucing papa tu, mula-mula 2 ekor, kan. Sekor jantan sekor betina, kan? Aku konfius. Macamana kucing betina tu boleh tau yang kucing jantan tu pakwe dia?

Aku : La. Dia tau laa.

Abang aku : Macamane dia tau?

Aku : Dia tau la. Ish, ko ni tanya soalan bukan-bukan lah.

Abang aku : Ye lah, kenapa kucing betina tu boleh terima kucing jantan tu jadi pakwe dia? Kenapa dia tak cari kucing lain?

Aku : Woi.

Abang aku : Ye laa. Pelik jugak aku. Oo..entah-entah sebab takde kucing jantan lain, maka kucing betina tu terpaksa la terima,kan. Mesti dalam hati kucing betina tu, dia cakap macamni, "Jadi lah daripada takde"

Aku : Bongok!

Thursday, August 26

Kurang pahala puasa aku lah!

Assalamualaikum.
Peh- lama tak jengok ini blog bersawang ni.

Peh jugak - boleh tahan penat lah puasa tahun ni sebab aku dah start kerja. Kerja yang perlukan aku keluar pergi tengok property, pergi sana, pergi sini, tengah-tengah rembang panas matahari. Dia punya dahaga, tak boleh nak cakap. Silap-silap haribulan, boleh TERbukak puasa pon ada.

Ni, aku nak cerita kisah hari ni.

Awal-awal tengahari tadi aku dah keluar daripada opis. On the way. Panas. Sesak. Lori banyak. Laju. Kereta kecik aku tu bergegar-gegar lalu sebelah lori. Arah tujuan - Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Dorang ni baru je dapat title Majlis Perbandaran. Dengar cerita, masa perasmian haritu, artis pon ada. Jadi, aku syak bila barang baru dapat ni, servis dia lebih baik lah, kan. Parking pon 50sen jek.

Ehem.

Sampai compound MPPG, aku parking dekat-dekat dengan pintu masuk. Masuk-masuk je building dorang, dia punya air-cond Ya Rabbi punyalah sejok. Dah tu, aku tekan nombor giliran. Aku duduk, kerusi dia Ya Rabbi punyalah empuk! Memang seronok betol. Tak sempat 3 minit aku menikmati air-cond sejuk, kerusi empok dengan lebih lama, nombor giliran aku kena panggil. "Punyalah tangkas servis dorang ni", aku puji-puji dalam hati.

Aku hulur borang, dengan cek. Masa tu, aku agak mesti tak sampai seminit dorang ni buat kerja. Muka petugas kaunter tu, dah la comel. Senyum pulak manis.

30 saat lepas tu, ada sorang minah berbangsa India ni cakap kat aku "Tepi sikit", dan teros potong line. Dari perbualan dia dengan minah kaunter tu, aku syak ada problem dengan tempahan dewan yang dia buat sebelum ni. Nasib baik lah bulan puasa kan, aku sabar je. Aku biarkan. Dah bagi can, punyalah lama dia bincang. Aku dah mula menyirap.

Aku tepuk bahu minah India ni.

"Excuse me. Kalau nak bincang pun, boleh tak tunggu urusan saya settle dulu. Saya nak cepat ni", kata aku.

"Saya kerja sini, bukannya orang luar", kata minah India tu, muka bangga tak hingat.

"So what? U ingat u kerja sini, u boleh potong Q? U ingat u kerja sini, u bagus sangat ke? I'm your customer!"

Kan.... kan dah kurang pahala puasa aku!!!

Thursday, July 22

Goodbye, Sayang.

Rumah mama aku kat Kuantan, ada sekor kucing gemok-tak sedar diri. Makan banyak, kuat lepak, kuat tido, kuat cari gaduh.

Nama : Oyen Tabby.

Antara kucing-kucing yang pernah singgah kat rumah aku, Oyen paling baik. Mula-mula aku adopt (culik) dia dari rumah kawan aku, dia tak berbunyi. Dalam hati, sah kucing ni bisu. Ah, bisu pon bisu lah janji dapat bela kucing.

Aku pau aki (arwah) duit RM50, buat beli sangkar dia. Aku takot dia lari, tak lari pon aku takot dia jalan merata-rata, sesat, tak pon kena pukul dengan anak cina hujung rumah aku tu. Anak cina tu jahat gila suka seksa binatang - pukul anjing dengan kayu sampai anjing tu berdarah, baling kucing dengan batu. Aku syak, dia yang bunuh kucing aku yang dulu - Boroi, dengan cara mengkoyakkan mulut, patahkan kaki. Lebih tragis lagi, dah dia kerjakan Boroi, dia letak depan pintu rumah.

Macamana aku tau anak cina tu buat? Aku agak je, sebab dia je yang paling kejam dengan binatang. Binatang punya manusia. Gitu lah lebih kurang.

Ok, berbalik pada Oyen. Sayang kitorang pada Oyen lebih sikit sebab dia jenis diam je. Kalau lapar, tak bising-bising mintak makan. Aku suka kucing baik. Baik dia sampai tahap, kalau takde makanan kucing, makan roti pon boleh. :). Ye, Oyen makan roti.

Dan Oyen - suka landing kat merata-rata tempat. Kalau dia rasa dia penat, dia pedulik hape.














"I'm sleepy, Mak! Can i sleep in your room?"


















Bawah ampaian pon jadik lah. (Time ni, aku tengah main dengan dia dengan hanger baju, dia penat lalu ketiduran :) )














"Get lost. This is my territory!" (Ini- bila aku nak masuk tido, aku tengok makhluk Allah ni dah landing dulu. Aku end-up tido sipi-sipi katil)














"Atas fridge also, ok!" - muka tak puas hati sebab ngantuk.

Baiknya makhluk Allah yang sekor ni, bila dimandikan pon tak meronta dan berbunyi. Diam je.














Yang paling heaven sekali, dia pernah terkurung dalam bilik mama. Dia meow-meow takde sapa nak bukak (Oyen tak bisu, me'meow' bila perlu). Lalu, sekonyong-konyongnya Oyen telah menghadiahkan bahan kumuhannya ke atas handbag BARU mama! Yes!! Itu paling jahat Oyen pernah buat. HAHAHAHAHA.

The very special of Oyen is he can urut! Presenting to youuuuu. Urutan cakar kucing!!!



Dan malam ni, bila dapat panggilan dari adik - Oyen dah mati - aku diam. Tak leh nak cakap apa. Bila mama call, crying very hard for Oyen, aku pon ikot sama. Kata mama, Oyen mati kena racun. Hidung dia keluar buih, mulut dan telinga dia keluar fresh blood. Mesti sakit sangat. Kesian Oyen. Kesian Oyen.

Kitorang dah takde kucing lagi. Mama kata, mama dah tak sanggup hilang kucing lagi. :(


I'll miss this gemok-tak sedar diri cat. Forever will do! Er loves u, Oyen.


Entri ni mungkin bodoh, sebab aku dedikasi hanya untuk seekor kucing. Maaf.

Wednesday, June 30

Cinta Tanpa Sebab

Salam.

Seorang kakak pernah berkata pada aku, "Rezeki jodoh ni, tak semua orang dapat. Kalau ada pun terbahagi kepada dua ; rezeki baik atau sebaliknya. Kalau kita redha dengan apa yang Allah bagi, itu lah jodoh yang terbaik untuk kita. Dan kalau tak, mungkin Allah dah tetapkan rezeki jodoh yang lebih baik untuk kita. Semua kerja Allah"

Betul, kan. Kita manusia takkan pernah puas dengan apa yang kita dapat. Aku, lebih-lebih lagi. Dah ada yang sayang, nak yang LEBIH sayang. Sudah kaya, nak LEBIH kaya. Sudah cantik, nak LEBIH cantik.

Sekarang, aku lebih belajar menerima seadanya. Lebih tepat menerima dia, seadanya.

Dia :
  1. Pendiam, tak banyak bercakap
  2. Maka, tak pandai ekspresi sayang melalui ucapan
  3. Dan, tak reti nak romantik
Tapi bila KADANG-KADANG bila dia kata:
  1. Awak dah cukup sempurna untuk saya
  2. Awak bukan yang pertama, tapi awak cinta terakhir saya
  3. Jangan tanya. Saya tak perlu ada sebab untuk sayang awak.
Peh alahai --- boleh tercabut jantung!

Dan bila cinta dan hati diuji, aku juga perlu ingat ini. Tak semua manusia sempurna. Sekuat mana kita pertahankan, kalau bukan hak dan rezeki kita, bukan juga.


P/s: kata ganti nama diri telah diganti kepada 'saya' dan 'awak', supaya tak ada siapa-siapa yang termuntah, terutamanya Citah. Eh, ke ada yang termuntah baca entri ni. Maaf lah, ye. Bagi la can sekali sekala je. :)

Monday, June 28

Selamat Datang, Baby Syahmi.

25 Jun 2010
Kedah


Mohd Syahmi bin Mohd Suhaimi














Semoga Syahmi jadi anak yang pintar, jadi gula-gula yang manis untuk abah dan mama, jadi insan yang mulia di sisi Allah. Cepat besar, nanti auntie bawak jalan-jalan. Auntie belanja aiskrim, beli toys, pergi playground. Cepat besar ye, comel tembam!

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak adalah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak" - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.


P/s buat abah dan mama Syahmi : Boleh tak nak cop Syahmi buat menantu? HAHAHAHAHA

Saturday, June 26

Bila Kita Dengar Kata Orang

26 Jun 2010
Larkin, JB



Bila kita dengar kata orang
Antara dua
Baiknya atau buruknya

Begini;

Bila kita dengar kata yang baik
Mudah patuh pada yang molek
Hidup senang, jadi tenang
Semua orang boleh menang
Tiada gaduh, tanpa keluh
Takkan binasa apa yang ada

Tapi;

Bila kita dengar kata yang buruk
Mudah percaya pada yang busuk
Yang sengih jadi bengis
Jadi marah tak mahu kalah
Jiwa hati makin parah

Maka;

Walaupun kadang kita keliru
Pilih dan nilailah
Semua di tangan kamu














Sumber gambar

Sunday, June 13

(Gambar) : Biar Saya Jaga Dia

Musim kenduri kahwin. Dua minggu lepas, jiran sebelah rumah kendarat. Pehh--penat tak boleh nak cakap macamana. Mana aku lah jadi pengapit, aku lah sental periuk. Waktu rehat, aku curi-curi main dengan anak kecik orang.


















Ni budak botak ni. Aku cubit kang, nak!!?

Al-kisah. Elok budak botak ni ek ek lapar, aku mintak pada mak dia botol susu. Baru je aku nak suakan botol susu kat mulut dia, datang sorang pretty girl. Cakap macam ni, "Aunty, biar saya jaga dia". Ok, baby ni bukan adik dia pon. Aku pun ketepi sikit. Observe daripada tepi.













Mula-mula dibelai-belai dulu si kecik tu (Budak botak, awak buat muka gatal eh!!)














Lepas tu, disuakan susu ( sambil budak botak buat muka bangga, "Aunty gemok, tengok-ada-awek-cun-suapkan-susu-saya". Ciss!)














Punya lah sabar tunggu si botak ni habiskan susu (sambil botak berkata, "Eh aunty ni ada lagi kat sini?")














Dah tu, ditepuk-tepuknya si kecik tu. Tengok!! Mata si botak dah layu!! :D

Bila dah habis susu dalam botal, diangkatnya si kecik tu sekejap-sekejap. Lepas tu di tepuk-tepuk belakang badan baby tu. Dah diletak balik atas bantal, dia cakap pada aku, "Ok, aunty dah boleh main semula dengan baby ni.". Dia pun keluar, pergi main dengan kawan-kawan yang lain.



Alahaii. Bagusnya didikan mak ayah dia, kan?

Saturday, May 22

MANA NAK DAPAT? (Khas Untuk Abang Terbaik Di Dunia)

Aku ingat lagi, waktu tu aku gaduh dengan boyfren (incik tunang sekarang). Jarang-jarang gaduh, sekali gaduh haaa hambek kau sampai meletup. Masa tu aku ingat lagi aku lari keluar dari kolej, pukul 9 lebih - malam. Mana nak pergi, aku dah la tak biasa keluar malam tak berteman. Aku angkat phone, aku call abang aku;

"Kau kat mana?"
"KJ la. Kenapa?"

"Nak lepak dengan kau"
"Apesal tetiba ni?"

"Boleh ke tak? Tak boleh aku cari tempat lain"- bajet berani.
"Ha, datang la sekarang, gila. Dah pukul berapa dah ni. Aku tunggu LRT KJ"

Aku naik teksi, beli tiket Putra, terus stesen Kelana Jaya. Abang aku jemput naik kereta member dia, tak tanya banyak, terus bawak aku pergi rumah sewa. Sampai sana, aku lepak luar rumah, atas buaian - banyak gila nyamuk. Member-member dia (aku dah kenal) lalu lalang, senyum je. Lepas tu, walaupun aku tau dia tak berduit sangat, dia bawak aku makan kat kedai mamak area situ dengan kawan-kawan dia. Dia biarkan aje aku layan diri sorang-sorang, dia rancak borak dengan member-member dia. Dem! Padahal hari-hari jumpa, masih nak borak ke? Tak tau ke aku nak ngadu ni.

Nak dekat pukul 1 gitu, baru la dia tanya sepatah, "Kau kenapa?"

Bla! Bla! Bla! Pung pang pung pang aku cerita, boleh dia jawab, "Kau tu yang emosi sangat. Dah - amik phone ni, kol dia suruh ambik kau kat sini". Disebabkan beberapa masalah teknikal, aku tak dapat dijemput. Gila, nak jemput naik apa malam-malam, kan. End-up, aku lepak dengan abang aku sampai pukul 5.30 pagi - padahal esok pagi pukul 9 dia ada test.

(Aku tak tau la dia boleh jawab test ke tidak)

Itu : antara siri cerita yang membuktikan betapa abang aku care dengan aku walaupun diri sendiri pun tunggang langgang.

Kepada : Hairul Izwan a.k.a Turtle

Walaupun kau:
  1. selalu buat perangai luar jangkaan
  2. selalu hilang dari rumah sampai mama cari tak jumpa, lepas tu mama call aku - kau kat Kuantan, aku kat JB kenapa mama cari aku pun aku tak tau
  3. muka toya, meroyan, gila-gila, suara tak sedap tapi over-confident nyanyi lagu Anuar Zain atau Hazami tak bley blah
  4. susah gila nak kejut bangun tidor - lain kali tak payah nak pesan "Tolong kejut aku bangun, esok aku kerja"
  5. selalu sepahkan rumah yang telah dikemas, minum air sampai bergelas-gelas depan TV tapi tak pungut
  6. hilangkan kunci rumah, lepas tu panjat pagar macam pencuri sebab balik lambat
  7. selalu pau duit mama, kadang-kadang duit aku
  8. sengal - tak sedar diri dah tua.
  9. senget
  10. perasan kacak
Tapi aku tau, kau :
  1. best
  2. cool
  3. penyabar
  4. pak lawak
  5. baik hati
  6. akan jaga family kita
  7. akan defend family kita
  8. akan happy kalau kitorang happy
  9. akan ada bila kitaorang perlu
  10. akan sama sedih bila kitorang sedih
Dan yang paling penting sebab aku tau;

KAU, SATU-SATUNYA ABANG AKU
DUNIA AKHIRAT

Aku sayang kau, gila.

Happy 26th birthday, big brother.

Wednesday, May 5

(Part 1) : Pengalaman Ngeri Waktu Praktikal di Sektor Kerajaan

Tarikh : Akhir 2007
Tempat : Pejabat Kerajaan
Tujuan : Latihan Praktikal (10 minggu yang hazab)

Semester dua, tahun ketiga pengajian masa Degree dulu- student macam aku (course aku), diwajibkan pergi Latihan Industri (praktikal). Ingat lagi masa nak isi borang pilih tempat mana nak praktikal, berebut-rebut semua orang nak praktikal kerajaan. Kalau tak dapat, memang tak senang duduk beb. Puncanya satu - kalau praktikal kerajaan, senang dapat A. "Sembilan kredit, kalau dapat B plus, sia-sia je lah pointer kau memang jatuh terok gile punya", benda ni memang menakotkan kalau betol-betol terjadi. Ha, aku pun terbabit sama terpengaruh maka aku pun apply la kat jabatan kerajaan area Kuantan ni je. Dekat dan senang. Lagipun, masa diploma aku dah try private.

Ok. Aku praktikal 4 orang, semua satu kelas. Al-kisah mula-mula praktikal, ketua puak untuk kitorang, sorang pegawai Encik Z namanya. Aku dengan sorang mamat ni diletakkan kat bahagian Admin, dua orang lagi Linda dan Lia, kat bahagian pelan. Peh-seronok gila duduk admin boleh gelak ketawa sebab admin best. Kakak admin tu sempoi gila sporting sampai boleh cakap, "Ala, korang praktikal je, nak buat kerja susah-susah buat apa." Saya setuju sangat lah. :). Sangat. Sangat.

Kadang-kadang aku jengok-jengok jugak apa cerita budak Lia dengan Linda bahagia pelan. Kat bahagian ni, ada tiga orang staff. Adam (baya aku-23 tahun masa tu), Kak Z (30-an) dengan Kak S (50-an : tetap suruh panggil kak, tak mengapalah). Peh-serius gila dorang buat kerja. Kalau aku datang je, belom start bukak mulut, Kak S sound, "Tempat awak kat depan ye, jangan kacau sini". Dan mulut pon melopong sambil dalam kepala otak berpikir, apalah nasib aku kalau aku kena kat sini. Tak lama lepas tu, aku dengan mamat ni pulak kena duduk bahagian pelan. Tolong simpati.

Seperti yang kujangka terjadi (lirik oleh KRU), memang aku tidak digemari oleh Kak S dan berikut adalah punca-punca utamanya (rasa-rasa aku lah):
  1. Dia kata aku sombong sebab mula-mula masuk tak tegor dia. Memang lah silap aku tapi menangis kak nak tegor semua orang. Staff bahagian penilaian pun saya sombong jugak, tak sempat nak beramah mesra lagi masa tu. Baru seminggu dua masuk. Selow-selow lah, saya budak baru belajar. Kang kalau ramah tak bertempat kang, aku dicop gedik pulak. Lagi ngeri doh kalau orang kata aku gedik.

    Sampai pernah Encik Z (ketua puak) lalu kat bahagian pelan, dia cakap gini, "Encik Z, ni budak ni, masuk tempat orang tak bagi salam". Siap point finger kat aku. Mamat yang masuk sekali dengan aku tu pon tak bagi salam jugak. Apesal aku sorang je kena? Ke aku yang nak sangat masuk bahagian pelan ni?

  2. Dia kata aku suka buat bising - lah pulak dah

  3. Dia kata aku - kurang ajar. Sebab - panggil seorang staff (senior aku masa sekolah kot) dengan panggilan nama dan ber'aku-kau' sahaja. Peh-kepada staff tu, "Aku mintak maap bro, kalau kau rasa aku kurang ajar. Tapi aku ingat lagi kau jugak yang pesan kat aku yang kau tak suka aku panggil kau 'abang', kan?"

    Tapi brader ni sempoi gila, doh. Bila aku ngadu je kat dia, dia boleh cakap, "Kau buat bodoh je kat makcik tu. Aku tak kisah pun, yang dia nak kisah pasal pe". Peh- memang harapan nusa bangsa. Sila bagi anugerah staff terbaek kat dia ni. Patut la anak kau nama Johan, bapak dia juara. :)

  4. Sebab aku gemok. Kot. Yang ni aku agak-agak je. Sebab selalu sangat kalau dia nak lalu, dia akan cakap. "Tepi sikit, tak muat nak lalu". Memang makan dalam. Takat Adam cakap aku budak banyak air, aku boleh blah lagi (Tapi yang ni pun aku ingat sampai bila-bila)
Aku yang garang dalam hati ada taman ni memang takot doh bila dia ugut macam ni - "Nanti saya nak report kat Encik Z tentang perangai awak ni". Ya ampun. Peh memang gila lah, nak report. Aku bukan takot hape, tak pasal-pasal aku dapat gred rendah. Matlamat utama praktikal kerajaan, ingat tak? - dapat A, maintain pointer cemerlang. Dengan pantasnya, sebelom dia bertindak, aku dah masuk bilik Encik Z bersama-sama Lia dan Linda sebagai saksi.

Masuk-masuk bilik Encik Z, aku suarakan masalah dengan hasrat nak tukar tempat praktikal teros. Kalau boleh campak lah aku kat jabatan kerajaan yang lain, janji bukan kat situ.

Baru puas hati.

Tapi Encik Z tak benarkan.


To be bersambung.........

Monday, May 3

Aku Turun 9kg Sebab Minum JusMate 5

Dulu, sebelom aku bertunang dengan incik tunang, aku bercita-cita betol mahu kurus. Dalam hati aku, "Cukup-cukuplah berbadan sasa". Ye lah, nak jugak nampak cantik. Ye, NAMPAK cantik, walaupun tak cantik tak apa. Macam-macam agenda pengurusan badan dah aku coba kau coba. Berikut adalah antara senarai aktiviti pengurusan berat badan yang pernah aku cuba, dan sebab-sebab tak menjadi (peh-macam jawab final exam) :

  1. Tak makan nasi - pening beb tak dapat nasi. Lidah melayu kot, kawan.

  2. Makan nasi sikit, ambik sayur banyak - harga makanan sebegini lebih mahal. Student price tak diambil kira

  3. Joging/ Berjalan kaki - mula-mula je semangat, lepas tu penat. Trek joging tu jauh (joging dalam UTM, apa barang)

  4. Tak makan malam - yang ni paling tak boleh blah sebab mengganggu keselesaan waktu tidur malam. Kalau tak lena tidur, aku ngantuk dalam kelas.

  5. Heavy breakfast, skip lunch, light dinner - pun tak menjadi sebab heavy breakfast bermaksud Nasi Lemak Ayam Goreng, Sotong, Kerang, Sambal lebih, tambah teh tarik.

  6. Dan lain-lain lagi
Kesimpulannya, memang tak leh tahan kalau tengok makanan. Tapi terpaksa rela berusaha untuk cantik di hari pertunangan, cehwah poyo disitu. Maka, pada suatu hari selepas dapat duit biasiswa untuk belajar, aku dengan member-member berjalan-jalan area Taman U. Tiba kat satu kedai, banner muka Dr Rozmey tu terpampang. Eh eh tetiba kaki aku masuk kedai yang jual jamu banyak gila tu.

Niat aku sekadar bertanya, ramai ke yang menjadi makan Jus Mate 5 ni? Peh kakak tu punya cerita memang meyakinkan habis, kalau dia tipu pun memang aku percaya lah kiranya. Tak pasal-pasal aku TERguna duit untuk beli Jus Mate 5. TERguna sampai beli 3 kotak sekaligus. Dah siap packing 3 kotak, aku ajak member-member pekena KFC kat lot kedai sebelah. Kakak tu alih-alih bersuara, "Dik, makan Jus Mate 5 ni bergantang-gantang pun tak guna kalau tak kawal makan".

3 kotak kot aku beli, kak! T_T

Hoh, member-member aku yang teman tu pun dah siap merangka-rangka jadual pemakanan aku. Nasi? Jangan harap. Aku mula buat alasan, weh weh nanti aku pening tak leh study pun diorang tak layan. Peh terbaik. Hah, ni pulak antara sebab-sebab aku berjaya turunkan 9 kg dalam masa sebulan sebab melantak Jus Mate 5 (peh-memang macam jawab final exam pun)

  1. Jus Mate 5 ni aku makan 1 kotak (20 paket) je. 2 kotak lagi aku jual kat kawan-kawan yang berjaya aku teror gila pengaruhi untuk sama-sama kurus (Juna, jangan buat-buat lupa yang dah Juna terpengaruh dengan akak).

  2. Minggu pertama paling hazab sebab minggu kedua bulan Syawal. Apa gila, lepas raya, kuih muih aneka rasa dan warna tersedia, tapi aku tak boleh makan. Tambah kacak lagi, aku pulak diserang gatal-gatal seluruh badan. Makanan berasaskan telur, ayam, seafood, gatal-gatal tu memang tak leh makan, gila. Mee kuning pun hazab. Kalau TERmakan, akan bertukar menjadi monyet kena belacan. Jadi, minggu pertama mentelaah Jus Mate 5, aku turun 3kg sebab CUMA makan meehoon sup sayur semata-mata. Teruja tak teruja tak.

  3. Minggu kedua pulak, trip ke Pulau langkawi dengan lecturer dan kawan sekelas. Makanan memang mantap, tapi dek sebab kegatalan melampau, dan poyo nak diet, tahan reen tahan napsu. Turun 2kg.

  4. Kawan-kawan memang membantu sangat-sangat sampai kalau teringin makan Mekdi atau KFC, akan cakap "Reen, sayang duit. Mahal ko beli Jus Mate 5 tu, rugi kalau tak menjadi". Ye tak ye jugak. Tak cukup dengan tu, ada yang sanggup tak pergi makan sebab kesian kat aku tak boleh makan macam dia makan. Peh terharu, dimana kan ku cari ganti sahabat macam ni, kan.

  5. Kalau lapar dan terbayang nasi ayam tandoori, cepat-cepat telan buah. Muak gila makan buah pear hijau hari-hari.
Dah cukup sekotak aku makan, aku stop sebab bila timbang dah turun 9kg. Ah biar ah, memang aku ni jenis cepat puas hati. Walaupun tak nampak beza sangat (85 kilogeram ke 76 kilogeram), tapi boleh la. Longgar jugak baju-baju aku yang ketat tu kan. Sekarang ni, walaupun tak makan pun JDM5 tu, aku maintain je tak da lah makan Nasi Lemak Ayam + Kerang (pagi), Nasi Campur Aneka lauk (lunch), dengan Nasi Ayam Tandoori (malam). Aku sayang diri aku sekarang ni. Hahaha.

Ah, jangan pulak ingat aku buat entri ni sebab nak promote Jus mate 5 tu, woi! Lagipun, aku rasa fungsi jus ni satu je, melwaskan sistem perkumuhan. Jadi, aku nak cakap balik hape yang kakak jurujual tu cakap, tapi modify sikit:

"Kau telan lah ubat kurus, jus diet ke hape benda tu semua berguni-guni pun, kalau kau tak kawal makan, tak ada gunanya, kawan"

Apa?? Upload gambar sebelum dan selepas? Sorry, der. Aku bukan ejen jurujual Jus Mate 5, lagipun arwah Wan aku pernah cakap, "Tak baik riak"

Sumpah, rasa nak gunting rambut depan Dr. ni
Dengan bow-tie dia sekali

Status : kembali makan nasi seperti biasa

Friday, April 30

"Kita Minum-minum Dulu, Dik", kata Brader Tukang Cat Kepada Aku

Lokasi : Johor Bahru (2010)

Pagi tu, aku tolong member. Mau pergi satu syarikat, untuk temuduga kerja. Jarak ke Skudai-JB makan masa dalam 15 minit jugak, so aku pun hantarkan member aku ni. Sampai sana, aku tengok building tu tengah jalankan kerja cat mengecat. Brader tu senyum sama aku. Sebab lama tak bersedekah, aku pun senyum semula.

Member aku naik sorang, aku tunggu kat parking. Dalam kereta. Lebih kurang 50 meter dari tempat brader-brader ni buat kerja mengecat. Sorang brader lalu, tegur "Sorang je dik?". Aku sedekah senyum sebijik lagi.

Mana boleh tahan lama-lama dalam kereta, panas. Aku keluar, duduk kat bendul tepi jalan, layan baca buku. Well, sebagai seorang student yang cemerlang, aku mesti bawa buku kemana-mana aku pergi. Buku bertajuk "Hati yang luka" aku buka pelan-pelan. Aku standby belah kanan aku Teh O Ais bungkus.

Baru nak start layan feeling jiwang, dah ada orang tegur. "Rajinnya dia membaca". Aku senyum. Aku syak, mesti brader ni bajet aku stok melayan. Dia bubuh nyanyi pulak "Bacalah bacalah mari membaca, budaya membaca budaya kita". Aku gelak, tapi muka pandang buku. Tahniah la, bang. Rajin tengok TV ye.

Agaknye, punya la dia tak puas hati sebab aku tak tengok muka dia, brader tu datang dekataku. Gulp.

"Dik", ayat pancing

Aku toleh, "Ye, boleh saya tolong?"

"Jom lah kita pergi minum-minum dulu"

"Takpe, saya dah ada air", sambil angkat Teh O Ais

"Ala, jom la minum air panas-panas sikit. Takut apa. Kawan-kawan je"

Aku geleng

"Ala, jom lah dik. Minum-minum je pon"

Bersungguh betol, kesian pulak aku nengoknya. Aku tutup buku, kesat seluar berbekas pasir. Baru jawab sepotong ayat, brader tu pudar muka. Putih lesi. Dia pun ajak kawan-kawan dia blah, pergi minum air agaknya.

Salah ke kalau aku jawab, "Takpe lah, bang. Saya tunggu suami saya"


Salah ke??

Thursday, April 15

(Gambar) Happy Birthday to Mama, Wanita Besi Keluli Tahan Karat

A father may turn his back on his child, brothers and sisters may become inveterate enemies, husbands may desert their wives, wives their husbands. But a mother's love endures through all

~Washington Irving

15 April setiap tahun
Hari untuk mama


















Tukang bawak jalan


















Tempat cari gaduh dan mengeluh
(muka harus nak nangis manjang)


















Tukang tolong bagi balance hidup anak-anak
(dan balance bot supaya tak senget hahaha)














Bidan terjun. Tukang cakap kat majlis-majlis keramaian dan keraian.
(Sekarang siapa fokus utama? Makde yang tengah sarung cincin atau Mama yang tengah sebok bercakap?)
































Tempat manja (anak sendiri dan anak orang tak kira) dan bercita-cita menjaga bakal cucu sampai gemok. Oh tidak, sangat menakutkan. Tolong tukar cita-cita.














Tukang bela kucing gemok. Gemok. Gemok punya kucing.














Tukang tolong bayar makan sushi


















Tukang masak secara paksa rela (chili crab on the go!!)


















Tukang bawak kereta, juga secara paksa rela.

Aku ini.
Yang bersyukur kerana bertuah
Kerana dibesarkan sendiri oleh dia
Tak ada kurang
Kalau ada, cuma aku yang mengada-ada.


HAPPY BIRTHDAY, BIG MOMMA!

Wednesday, April 7

Kepada Anonymous yang Berjaya Buatkan Aku Jiwa Kacau




















Tengah study, gatal tangan buka blog.

Tersentak. Terkedu.

Maka, aku ingin menjawab persoalan Anonymous yang memberi komen kepada entri yang ini (klik)

Maaf, aku tiada jawapan pada persoalan tu. Mungkin silapnya pada aku. Selalu sangat buat entri yang lagho, tak tentu hala tuju, merepek-kerepek. Makanya, bila aku buat entri seumpama itu, macam tak dapat diterima akal. Mungkin. :)

I'll take the blame.

To anonymous, siapa dan dimana pun kamu, terima kasih.
Semoga diberkati Allah.



Jiwa kacau betol dibuatnya. :D

Tuesday, March 30

Ya Rasulullah. Ya HabibAllah.




Sama-sama betulkan diri, InsyaAllah.
Aku : Speechless!

Kawan-kawan,
Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Sunday, March 28

PENTING!! Ini Contoh Lelaki Dayus dan Bangang


Ini kisah malam tadi.
Mama ceritakan kisah yang berlaku sebelumnya pada aku.

Sebelum ketiadaan arwah Aki, semua tanah-tanah dan harta yang Arwah ada, telah ditukar nama dan dinyatakan secara jelas kepada siapa Arwah ingin memberi. Tukar namanya sudah, tapi masih ada yang tak puas hati. Hei, hati manusia penuh hasad dengki kan? Itu biasa. Bila mama dapat tanah kebun buah Arwah yang sebidang tu, suara-suara sumbang pun kedengaran. Katanya, "Huh, nanti kita nak makan buah pun susah." Takpun, "Huh, bagi kat kitorang tanah hutan".

Hutan tak hutan jugak lah, tanah hutan yang dicakap tu ada hasil getah tiap-tiap bulan. Ala, dapat kat kita-kita pun terbiar jugak tanah tu, jadi hutan jugak. Susah payah orang tua berdua tu nak mendapatkan tanah, pernah ambik tahu? Haih, kalau langsung tak diberi harta, dimaki-makinya orang tua tu agaknya. Peliknya, yang bercakap bukan saja sedarah sedaging, tapi juga sang suaminya (menantu). Disini, aku nak gelaran dia sebagai Hantu (bukan menantu). Dasar tak reti beza harta benda orang dengan harta benda sendiri.

Pernah satu musim tu, buah di dusun lebat. Mula-mula tengok, penuh. Kali kedua pergi, sikit-sikit je yang tinggal. Tau-tau je, Hantu yang berkata "Nanti kita nak makan buah pun payah" tu dah bawak kaum kerabat dia belah sana (yang takde sealiran darah pon dengan kami) pergi ambik buah tanpa kebenaran tuan tanah. Aku sebagai anak, marah juga. Actually, kitorang tak kisah pun, nak amik buah, amik lah. Apa de hal. Tapi mintak izin lah. Tak mintak izin pon, bagitau lah. Budi bahasa budaya kita, kan. Tapi kata mama, "Sabar, bukan rezeki kita". Boss, amik pakai lori kot. Boleh buat berniaga. Gila. Tamak. Hina. Cakap tak serupa bikin.

Itu satu kes.

Si Hantu ni memang jenis tak reti nak bersaudara, asyik nak buat lawan. Mungkin beza parti politik, yang menyebabkan kami ni seteru manjang dengan dia. Apa punya manusia, sebab politik boleh pecah belah hubungan saudara. Mana nak datang bertandang berziarah rumah orang, jangan harap lah. Lepas je Arwah Aki pergi tinggalkan kami T_T, kes lain pulak timbul. Tapi di tanah yang sama. Tiba-tiba Hantu berubah perangai. Datang ke rumah mama, bawak macam-macam jenis makanan. Kata dia, nanti kenduri 40 hari ketiadaan Aki, biar dia support semua. Pelik, terkejut. Selama ni duit mak sedara aku yang ditibainya. Mama kata, "Alhamdulillah, mungkin dia dah berubah sejak Aki takde". Kedatangan disambut happy. Mama, anak kucing sesat datang mintak makan pun dia layan.

Rupa-rupanya datang berhajat.

Tanah kebun sebidang tu nak dipinjamnya. Katanya, dah janji dengan kawan-kawan dan dah bawak kawan-kawan pergi tengok tanah tu, nak buat kolam ikan. WTF. Buat macam harta benda sendiri. Si isteri diamkan aja. Katanya, "Kalau buat kolam ikan, boleh untung. Kita boleh sama-sama makan ikan". Bukan saja nak buat kolam ikan, nak dibuatnya penempatan kaum kerabat dia kat situ.

Mama jawab, "Takpe lah, bang. Kalau nak makan ikan, saya boleh beli kat pasar. Saya taknak nanti saya nak pergi tengok tanah sendiri, saya pulak yang kena halau. Jadi gaduh adik beradik."

Dia marah, teros diajaknya si isteri balik.

Tiba hari nak buat kenduri tahlil Arwah. Si isteri datang dengan izin tapi tanpa suami. Bila ditanya, "Dia taknak jejak kaki dah ke rumah ni". Amboi, marah betul dia sebab tak dapat harta benda orang ye tak. Fine, your own business lah. Ada dia, dengan takde dia sama je pon. Sebelum usai kenduri, si isteri disuruh balik. Isteri pun balik. Si isteri ni memang hebat lah bab-bab taat ni. Salute!

10 minit kemudian, mama dapat panggilan daripada sang anak mereka.

"Tolong, mama kena pukul sampai jatuh, tak leh bangun"

Gila. Perangai macam setan, kembar iblis laknat ke hapa? Bila ditanya kenapa, "Sebab tanah kebun tu". Yang dia nak marah mama aku, tapi dia pergi pukul bini dia apa pasal?? Dayus!! Bangang!! Gila!!!

Dapat je berita, abang aku Si Turtle dan sepupu si Long bergegas ke rumah diorang. Sorang bawak parang, sorang bawak kayu. Sampai rumah sana, pintu tak dibukak. Tau pulak takot!


Bangsat!!

Friday, March 26

Sempena 6 tahun Cinta

Status 6 tahun lepas : Member kena buli
Status 6 tahun kini : Incik tunang

Resepi kejayaan bertahan 6 tahun tanpa cubaan 'clash' atau 'break'
  1. Kalau sorang tengah marah, sorang kena diam
  2. Kalau sorang mengadu, sorang perlu dengar
  3. Kalau sorang bising, sorang perlu senyap
  4. Kalau sorang buat lawak, sorang kena gelak
  5. Kalau sorang gila-gila, sorang perlu rasional
  6. Kalau sorang gemuk, sorang perlu kurus haha
Itu sebahagian. Yang negatif itu, biasanya aku lah. Yang jahat itu aku lah. Positif dan negatif pasti bercantum dan ada tempat. Macam bateri, macam magnet. Kerana bagi kami, ketidaksempurnaan adalah kebahagiaan.


Bak kata dalam lagu cinta kita:

Kemana saja kau berlari bersembunyi
Ku tahu cintamu padaku teguh
Tak ku peduli cara dan tingkah lakumu
Kerna ku takkan pergi jauh dari sisimu
Senyuman ragamu : Gerhana Ska Cinta


Dan seperti kata Kakak Fynn tentang kawan:
Tak perlu hari-hari ada, yang penting yang peduli


Kata aku pula tentang kita :
Cinta tak perlu hari-hari ucap, yang penting hari-hari rasa

26 Februari 2009 ~ 26 Februari 2010 : 6 tahun, cinta. Semoga bercinta sampai bila-bila.

Thursday, March 18

Pejabat Pos

Oh, lama gila tak jenguk ini blog. Busy yang amat. Hamun dibuatnye dek assignment menimbun.


Semalam pergi pejabat pos. tengah tulis borang laju-laju, masuk sorang mamat. Bawak bungkusan di tangan, balut bunga-bunga, muka ketat. Cuaca redup pon gamak nak buat muka ketat. Pelik aku.


Aku continue tulis borang.

"Cepat sikit", mamat tu sound. Keras bunyinya.

"Ek eleh. Sabar lah. Kalau tau nak cepat bawak pen sendiri", aku.


Agaknya dah lewat nak hantar hadiah pada awek dia sampai budi bahasa pun lupa. Prinsipnya senang, bro. If u want respect, you should give respect!

Thursday, March 11

Pelayan Sombong

Kuantan : Dua hari lepas.
Sebelom balik Skudai.


Aku dan mama mencari tempat makan, mula-mula nak makan Mee Kari, alih-alih terlepas ke gerai Nasi Padang. Layan jugak. Sampai-sampai kat gerai tu, mama parking betol-betol kat depan, sikit lagi nak langgar tempat hidang lauk-pauk. Aku tengok orang kedai tu dah cuak-cuak. Takot masuk paper front page "Kerana terlalu lapar - Gerai Nasi Padang dilanggar kereta". Tak dapat bayang.

Menapak masuk, muka mama macam nak belasah orang. "Dik, ulam-ulam ni saya nak letak dalam pinggan asing ye".

Budak pompuan tu buat gaya nak rebel, mata renung tajam. Aku sengih je, nak bagi dia cool sikit, tapi dia tak layan. Oh, sombong. Takpe, nanti kau! Dah kerja kau layan customer, nak buat muka tak puas hati pulak. Baru suruh letak ulam dalam pinggan, belom lagi suruh panjat pokok petai.

Masa tanya aku nak minum air apa pon, dia buat muka penyek. Aku dah ligat cari idea nak sembur budak ni. Aku cakap kat mama, "Apesal tu, ma. Sombong semacam. Nak taknak je buat kerja. Baru jadi wetres tu", aku cakap kat mama, kuat-kuat sampai budak tu dengar.

Lepas pada tu, budak tu buat muka manis masa hantar air. Sampai je air kat atas meja, mama bersuara.

"Entahnya, macam la lawa. Muka penyek, bontot leper. Macam la kena bayar kalau senyum"

Aku makan laju-laju.



Kemana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi, kan.

Wednesday, March 3

Hantu Hostel

Sekolah menengah aku, sekolah menengah harian tapi ada hostel. Hostel ada 2 blok, untuk lelaki dan perempuan. Mendengar cerita-cerita kawan-kawan yang kata "Duduk hostel boleh kurus, Reen", aku pun terdorong untuk men'try'. Panas juga hati aku tiap-tiap hari masuk kelas dipanggil Big Show dan Chyna. Kalau tak kena gaya, boleh bawak ke gaduh.

Masuk minggu ketiga tu, aku dah mula taruh syak pada hasutan kawan-kawan aku yang dulu tu. Aku rasa diorang perangkap aku sebab minggu ketiga je berat badan aku dah nak masuk angka 9 kat depan. Mati. Patut la makin galak budak-budak ni nganjing aku.

Tiga minggu pertama masuk hostel, memang boleh tahan. Masuk minggu keempat seterusnya mula aku buat meroyan nak balik rumah tiap-tiap minggu. Hari Ahad balik semula hostel. Tiap kali aku balik, memang aku takde bagitau orang kecuali member-member yang terdekat dan member satu dorm. Ala, kalau senior carik aku, aku lari la balik masuk hostel. Rumah aku 5 minit perjalanan je kalau naik kereta. Gedik nak jugak merasa duduk hostel. Kebiasaan, hari Ahad mesti aku dah ada semula kat dalam dorm.

T_T

Kalau balik rumah, memang bawak bekalan baju untuk dibasuh oleh mesin. Satu wiken ni, aku balik rumah. Malas punya pasal, aku balik hostel semula hari Selasa. Sampai kat dorm aku packing semula baju yang dah siap basuh tu, bubuh dalam loker.

Masuk sorang budak Form 2.

"Hai, kak. Rajinnya. Buat apa tu?"

"Ni masukkan baju dalam loker"

"Cepatnya kering. Baru semalam je akak jemur"

"Bila masa akak jemur. Baru sampai je dari rumah ni"

"Eh, kak! Semalam saya nampak akak jemur baju kat hujung sana"


Ah, gila! Tak de keja lain hantu ni gamaknya.

Sunday, February 28

Panggilan Bodoh daripada Celcom Indonesia

Penipuan dimana-mana sekarang ni. Anak tipu mak, suami tipu isteri, isteri tipu laki, menantu tipu mak mertua, jiran sebelah kanan tipu jiran depan. Itu belom ambik kira tipu syer syarikat juta-juta lagi.

Aku pun selalu jugak tipu bapak aku. Mintak duit extra konon-konon ada seminar, padahal aku melencong pergi berbimba dengan kawan-kawan. Kalau aku yang anak tak habiskan duit bapak, siapakah lagi yang lebih layak, kan? Ah, aku rasa bapak aku pon tau aku tipu dia.

Itu lain cerita. Ni aku nak kisahkan yang aku hampir-hampir kena tipu. Bukan sekali, tapi dua kali melalui cara penipuan yang sama.

Aku dalam kelas waktu kejadian ni berlaku. Henset berbunyi. Private number, aku syak kalau private number ni mesti Mom aku di Kajang. Bergegas aku keluar.

"Hello, mom", jawabku yakin.

"Hello, Selamat sejahtera. Saya panggilnya daripada Menara Celcom"

"Ye. Ada apa hal"

"Saya ingin maklumkan yang simkad Cik sudah memenangi cabutan bertuah daripada Celcom"

"Sejak bila pulak aku letak simkad aku dalam kotak cabutan bertuah korang"

"Bukan ya cik. Kami cabut melalui sistemnya. Simkad ini sudah memenangi wang tunai Rm15,000. Sekarang minta cik berikan nombor akaun dan pin nombornya sekali"

"Aku mana ada akaun bank. Duit pon takde"

"Kami cek disini, cik ada akaun Maybank. Minta nombor akaun dan pinnya supaya kami bisa masukkan wang kemenangannya, Cik"

"Ok. Nombor akaun aku 999. Hei, korang ni takde kerja lain ke haa? Ko ingat aku bodoh ke"


"Betul ni cik. Saya ngak main-main"

Aku letak telefon, buang masa aku je. Selang 2 minggu, diulang panggilan yang sama. Juga aku dalam kelas waktu tu. Introduction sama, suara yang sama, tone suara yang sama, slang yang sama. Bila mana dia katakan simkad aku menang cabutan bertuah, aku jawab ini.

"Korang ni, dah la duduk negara orang, nak buat perangai puaka kat sini pulak. Ni sejak bila pulak aku daftar simkad aku kat Celcom Indon?"


Bezanya kali ni, dia yang letak telefon.
Reti pon bahasa 1Malaysia.